Tuesday, May 4, 2010

hai..surat untuk prof engr (electrically climax)

hai..kehadapan prof engr yang saya adore untuk semester ini,

pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada prof kerana prof telah berjaya memenuhkan kepala otak saya dengan litar-litar yang cukup berselirat beserta rumus pendek tetapi banyak. saya rasa attitude prof pun dah improved untuk semester ini berbanding semester lepas sebab prof dah nampak lagi terer sekarang ini. ajaran prof pun dah tidak lagi sesat. =)

tujuan sebenar saya mengarang surat ini adalah untuk melahirkan kepuasan kerana saya dah mencapai klimaks untuk elektrik masa saya melangkah keluar dari dewan peperiksaan tadi. perasaan yang tak ubah seperti selepas menonton how to train your dragon 3D. apatah lagi kalau Up itu pun dibikin dalam 3D. mesti double climax. bersandar di kepala katil, tersenyum puas sambil menghisap sevenstars. tak sia-sia saya rasa, meninggalkan dunia hedonisme untuk sementara waktu bagi meluangkan masa ke library untuk study group. macam fun je kadang-kadang bila jadi student yang rajin.

prof, terima kasih di atas ilmu elektrik yang prof alirkan ke dalam otak saya ini. saya pun tak tau bagaimana saya nak membalas jasa baik prof ni. nak ajak lepak minum mesti macam bosan je sebab saya tak tau nak sembang apa dengan prof selain soalan mengenai elektrik dan test je. jadi saya rasa cukuplah kalau saya dapat A untuk paper elektrik ni. mesti prof akan berasa bangga sebab ada student prof yang dapat A kan.

akhir kata, terima kasih sekali lagi prof engr.

yang benar,
hiccup

2 orang nak bersuara:

ShawlQueen said...

yehuuu..thats my hiccup.luv youu!

cindir-rela said...

hahaha..gile ar..

go buy sumthing....give it to yourself..u deserved it!!

for your own gud work!

sangat rajin menulis surat skang!! ape kate tulis surat cinte untuk tersayang disaat2 hepi?? mesti banyak ide akan datang:)