Monday, May 10, 2010

hai..surat untuk awak.

kehadapan awak yang tidur berbelang leopard,

hai awak..dah tidur? saya tak dapat nak tidur lagi ni.sebab fyp report saya tak siap lagi.partner saya baru bagi bahagian hasil kerja dia dengan english yang tunggang-langgang.nak marah tak sampai hati.terpaksalah saya edit semula.esok saya dah kena submit kat supervisor saya yang tak cool tu.beberapa hari lepas tu pulak saya ada presentation.wahlau~ ingatkan bila dah habis final exam ni dah boleh dah nak melonjak-lonjak sambil menembak dengan DSLR antik saya tu.nampaknya tak kesampaian lagi lah.

tujuan saya menulis surat tak formal ni adalah untuk mencari ruang kemaafan di hati awak jika saya bertindak dull semasa di dalam proses menyiapkan fyp report saya hari ini.biasalah..saya ni kan manusia biasa.sedangkan manusia luar biasa macam Tony Stark tu pun boleh keracunan toksik dalam darah kerana paladium.inikan pula saya yang kekurangan zat besi dan vitamin C disebabkan pengambilan nikotin secara terkawal.fyp report ni benar-benar menyekat perjalanan darah ke otak lantas mengakibatkan tekanan darah rendah dalam otak saya.tambahan pula apabila terjadinya beberapa perkara yang saya menyampah habis semasa proses penyiapan fyp report ni.kadang-kadang benda remeh macam tu pun suka menyemak dalam otak saya.maka sel-sel otak yang menyimpan memori romantis akan mula diselaputi dengan sel-sel yang aktif dan berperasaan hatred.mungkin sebab itu lah saya tensi kot.dulu saya belajar biologi tapi tak terer sangat sebab buku teks saya kena rembat dengan beruk.biasalah..mrsm taiping kan banyak beruk.jadi saya buat lah andaian sendiri punca saya tensi hari ini.

saya berharap agar awak sudi men-subsidi-kan beberapa space di dalam hati awak untuk bereaksi positif dengan harapan saya yang menggunung tinggi ini.awak tahu kan hidup saya akan statik bila awak tiada disisi.maka dengan adanya awak barulah hidup saya bergerak secara dinamik di mana halaju berkadar langsung dengan masa menghasilkan pecutan positif yang constant.dengan kata lain, awak bagaikan pendulum yang berayun secara uniform demi mengekalkan rhythm.

akhir kata dari saya, sejukkanlah hati lapangkanlah dada.tambahkan senyuman dalam setiap cawan nescafe.

saya sayang awak.

yang benar,
tony stuck

4 orang nak bersuara:

cindir-rela said...

bagus..!

mengikut arus semasa..sekarang di blog semua orang tengah tulis surat..

heheh..aku je tak pos2 lagi:)

ini adalah medium canggih terbaik buat masa kini meluahkan perasaan secara rawak dan sinis serta berbaur hiburan

kerana page di text mobile phone anda hanya muat 10page saje...:P

.amnesiac. said...

oh.ye ke?
sekarang ni trend blogger menulis surat ye?
tak tau pulak aku.aku tulis surat2 ni sebab da tak tau nak tulis dalam format ape dah.hahaha
tapi memang betul la sebab nak sms pnjg2 camni boleh lost bile nak bace balik.hahaha

ShawlQueen said...

HH..SURAT NI BERBAU HARUM.TAKPE.I UNDERSTAND U MY DEAR.HOHO.SORRY LA KELEWATAN SAYA MEMBACA ENTRY NI.TIME SAYA KOMEN NI PUN KEDENGARANG SAYUP DERUAN MOTOR AWAK BERDENDANG DI DEPAN RUMAH KAKYONG.OH YA..AWAK DATANG UNTUK MENEMBAK DENGAN DSLR ANTIK TU.HEHEHE.BTW,SEMUA TINDAKAN SAYA MASA SEL2 AWAK TAK BERKEMBANG TU ADALAH GERAK HATI SAYA.TAK SANGKA PULAK AWAK BERBELOG DI SINI.AKHIR KATA, SAYA NAK PAKAI LEGGING NI.JAP GI NAK FOTOSHOOT.KANG AWAK MARAH PLAK...

EH,DENGAR SUARA AWAKLA..

"APASAL IRFAN BOTAK?"

OO...AWAK DA SAMPAI.CHALOOO!!

ShawlQueen said...

eh,mane2 typo tu ampunkan yee.da nebes tengok awak ni.kekeke