Monday, October 11, 2010

Tak Tentu Hala.

sekarang dah pukul 5.40 pm. lagi 5 minit ofis aku tutup untuk pekerja-pekerja shift normal macam aku ni. tapi hari ini aku tak excited pun nak balik awal. sebab selalunya waktu macam ni aku dah sibuk kemas laptop, barang, meja, beg dan sebagainya. persoalan yang pertama.

dari pagi tadi aku takde mood untuk kerja. pagi isnin yang berlalu dengan sangat mandom. adakah mungkin kerana tekanan hidup yang melebihi 50bar? persoalan kedua.

hari ini online facebook untuk cari mood tapi tiba-tiba status dia appear memuji orang lain.gembira barangkali. padahal sms aku dari pagi tadi tak dibalas jugak. patutkah aku menjadikan point itu untuk dibahaskan.persoalan ketiga.

hari ini banyak dugaan. dari subuh sampai ke petang. harap malam ini aku tenang.

sudah pukul 5.50 pm. konklusi kepala otak dalam masa sepuluh minit. aku pun tak pasti patutkah aku klik button publish post. persoalan demi persoalan.

Monday, May 10, 2010

hai..surat untuk awak.

kehadapan awak yang tidur berbelang leopard,

hai awak..dah tidur? saya tak dapat nak tidur lagi ni.sebab fyp report saya tak siap lagi.partner saya baru bagi bahagian hasil kerja dia dengan english yang tunggang-langgang.nak marah tak sampai hati.terpaksalah saya edit semula.esok saya dah kena submit kat supervisor saya yang tak cool tu.beberapa hari lepas tu pulak saya ada presentation.wahlau~ ingatkan bila dah habis final exam ni dah boleh dah nak melonjak-lonjak sambil menembak dengan DSLR antik saya tu.nampaknya tak kesampaian lagi lah.

tujuan saya menulis surat tak formal ni adalah untuk mencari ruang kemaafan di hati awak jika saya bertindak dull semasa di dalam proses menyiapkan fyp report saya hari ini.biasalah..saya ni kan manusia biasa.sedangkan manusia luar biasa macam Tony Stark tu pun boleh keracunan toksik dalam darah kerana paladium.inikan pula saya yang kekurangan zat besi dan vitamin C disebabkan pengambilan nikotin secara terkawal.fyp report ni benar-benar menyekat perjalanan darah ke otak lantas mengakibatkan tekanan darah rendah dalam otak saya.tambahan pula apabila terjadinya beberapa perkara yang saya menyampah habis semasa proses penyiapan fyp report ni.kadang-kadang benda remeh macam tu pun suka menyemak dalam otak saya.maka sel-sel otak yang menyimpan memori romantis akan mula diselaputi dengan sel-sel yang aktif dan berperasaan hatred.mungkin sebab itu lah saya tensi kot.dulu saya belajar biologi tapi tak terer sangat sebab buku teks saya kena rembat dengan beruk.biasalah..mrsm taiping kan banyak beruk.jadi saya buat lah andaian sendiri punca saya tensi hari ini.

saya berharap agar awak sudi men-subsidi-kan beberapa space di dalam hati awak untuk bereaksi positif dengan harapan saya yang menggunung tinggi ini.awak tahu kan hidup saya akan statik bila awak tiada disisi.maka dengan adanya awak barulah hidup saya bergerak secara dinamik di mana halaju berkadar langsung dengan masa menghasilkan pecutan positif yang constant.dengan kata lain, awak bagaikan pendulum yang berayun secara uniform demi mengekalkan rhythm.

akhir kata dari saya, sejukkanlah hati lapangkanlah dada.tambahkan senyuman dalam setiap cawan nescafe.

saya sayang awak.

yang benar,
tony stuck

Tuesday, May 4, 2010

hai..surat untuk prof engr (electrically climax)

hai..kehadapan prof engr yang saya adore untuk semester ini,

pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada prof kerana prof telah berjaya memenuhkan kepala otak saya dengan litar-litar yang cukup berselirat beserta rumus pendek tetapi banyak. saya rasa attitude prof pun dah improved untuk semester ini berbanding semester lepas sebab prof dah nampak lagi terer sekarang ini. ajaran prof pun dah tidak lagi sesat. =)

tujuan sebenar saya mengarang surat ini adalah untuk melahirkan kepuasan kerana saya dah mencapai klimaks untuk elektrik masa saya melangkah keluar dari dewan peperiksaan tadi. perasaan yang tak ubah seperti selepas menonton how to train your dragon 3D. apatah lagi kalau Up itu pun dibikin dalam 3D. mesti double climax. bersandar di kepala katil, tersenyum puas sambil menghisap sevenstars. tak sia-sia saya rasa, meninggalkan dunia hedonisme untuk sementara waktu bagi meluangkan masa ke library untuk study group. macam fun je kadang-kadang bila jadi student yang rajin.

prof, terima kasih di atas ilmu elektrik yang prof alirkan ke dalam otak saya ini. saya pun tak tau bagaimana saya nak membalas jasa baik prof ni. nak ajak lepak minum mesti macam bosan je sebab saya tak tau nak sembang apa dengan prof selain soalan mengenai elektrik dan test je. jadi saya rasa cukuplah kalau saya dapat A untuk paper elektrik ni. mesti prof akan berasa bangga sebab ada student prof yang dapat A kan.

akhir kata, terima kasih sekali lagi prof engr.

yang benar,
hiccup

Monday, May 3, 2010

hai..surat untuk encik supervisor.

kehadapan encik supervisor fyp saya yang paling disegani,

hai encik. tengah buat apa tu? sambil-sambil saya dengar lagu eppure sentire oleh elisa ni saya berhasrat untuk menulis surat rambang untuk encik. tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada encik kerana demand encik yang terlalu tinggi untuk fyp saya yang tak seberapa ini. sebabnya, saya rasa dah macam student master dah bila encik suruh saya baca jurnal-jurnal hebat dari sciencedirect. rata-rata journal yang saya baca ni semua dah tahap master. padahal saya undergraduate student je encik. nak cari jurnal yang similar dengan research saya pun agak sukar. nasib baiklah encik bagi saya username dan password encik kepada saya. kalau tak mesti saya dah berhabis duit untuk beli jurnal kat springerlink.

encik, kenape encik demand sebegitu rupa? encik tiada rasa simpati terhadap saya ke? saya nak kena study lagi untuk final exam saya. paper elektrik tu encik.. jangan main-main. saya ni budak mekanikal. bukannya budak elektrik. kalo encik suruh budak elektrik jawab paper mekanikal mesti mereka garu kepala jugak kan. encik ni kelam kabut sangat kenape? takpe. encik tak payah jawab sebab kalau encik jawab mesti saya kena ban dengan encik lantas mengakibatkan pointer saya jatuh merudum.

sudahlah draft report saya encik conteng dari first page sampailah ke last page. apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana encik sudi menconteng draft report saya. saya sangat seronok melihat hasil seni encik di dalam draft report saya itu. saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik kerana menyerabutkan kepala otak saya disamping menambahkan bilangan kelemumur atas kulit kepala saya. akhir kata, semoga encik dapat jadi dekan untuk semester depan. terima kasih.

yang benar,
marco van basten.

Joke, Humour, Fun