Monday, October 11, 2010

Tak Tentu Hala.

sekarang dah pukul 5.40 pm. lagi 5 minit ofis aku tutup untuk pekerja-pekerja shift normal macam aku ni. tapi hari ini aku tak excited pun nak balik awal. sebab selalunya waktu macam ni aku dah sibuk kemas laptop, barang, meja, beg dan sebagainya. persoalan yang pertama.

dari pagi tadi aku takde mood untuk kerja. pagi isnin yang berlalu dengan sangat mandom. adakah mungkin kerana tekanan hidup yang melebihi 50bar? persoalan kedua.

hari ini online facebook untuk cari mood tapi tiba-tiba status dia appear memuji orang lain.gembira barangkali. padahal sms aku dari pagi tadi tak dibalas jugak. patutkah aku menjadikan point itu untuk dibahaskan.persoalan ketiga.

hari ini banyak dugaan. dari subuh sampai ke petang. harap malam ini aku tenang.

sudah pukul 5.50 pm. konklusi kepala otak dalam masa sepuluh minit. aku pun tak pasti patutkah aku klik button publish post. persoalan demi persoalan.

Monday, May 10, 2010

hai..surat untuk awak.

kehadapan awak yang tidur berbelang leopard,

hai awak..dah tidur? saya tak dapat nak tidur lagi ni.sebab fyp report saya tak siap lagi.partner saya baru bagi bahagian hasil kerja dia dengan english yang tunggang-langgang.nak marah tak sampai hati.terpaksalah saya edit semula.esok saya dah kena submit kat supervisor saya yang tak cool tu.beberapa hari lepas tu pulak saya ada presentation.wahlau~ ingatkan bila dah habis final exam ni dah boleh dah nak melonjak-lonjak sambil menembak dengan DSLR antik saya tu.nampaknya tak kesampaian lagi lah.

tujuan saya menulis surat tak formal ni adalah untuk mencari ruang kemaafan di hati awak jika saya bertindak dull semasa di dalam proses menyiapkan fyp report saya hari ini.biasalah..saya ni kan manusia biasa.sedangkan manusia luar biasa macam Tony Stark tu pun boleh keracunan toksik dalam darah kerana paladium.inikan pula saya yang kekurangan zat besi dan vitamin C disebabkan pengambilan nikotin secara terkawal.fyp report ni benar-benar menyekat perjalanan darah ke otak lantas mengakibatkan tekanan darah rendah dalam otak saya.tambahan pula apabila terjadinya beberapa perkara yang saya menyampah habis semasa proses penyiapan fyp report ni.kadang-kadang benda remeh macam tu pun suka menyemak dalam otak saya.maka sel-sel otak yang menyimpan memori romantis akan mula diselaputi dengan sel-sel yang aktif dan berperasaan hatred.mungkin sebab itu lah saya tensi kot.dulu saya belajar biologi tapi tak terer sangat sebab buku teks saya kena rembat dengan beruk.biasalah..mrsm taiping kan banyak beruk.jadi saya buat lah andaian sendiri punca saya tensi hari ini.

saya berharap agar awak sudi men-subsidi-kan beberapa space di dalam hati awak untuk bereaksi positif dengan harapan saya yang menggunung tinggi ini.awak tahu kan hidup saya akan statik bila awak tiada disisi.maka dengan adanya awak barulah hidup saya bergerak secara dinamik di mana halaju berkadar langsung dengan masa menghasilkan pecutan positif yang constant.dengan kata lain, awak bagaikan pendulum yang berayun secara uniform demi mengekalkan rhythm.

akhir kata dari saya, sejukkanlah hati lapangkanlah dada.tambahkan senyuman dalam setiap cawan nescafe.

saya sayang awak.

yang benar,
tony stuck

Tuesday, May 4, 2010

hai..surat untuk prof engr (electrically climax)

hai..kehadapan prof engr yang saya adore untuk semester ini,

pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada prof kerana prof telah berjaya memenuhkan kepala otak saya dengan litar-litar yang cukup berselirat beserta rumus pendek tetapi banyak. saya rasa attitude prof pun dah improved untuk semester ini berbanding semester lepas sebab prof dah nampak lagi terer sekarang ini. ajaran prof pun dah tidak lagi sesat. =)

tujuan sebenar saya mengarang surat ini adalah untuk melahirkan kepuasan kerana saya dah mencapai klimaks untuk elektrik masa saya melangkah keluar dari dewan peperiksaan tadi. perasaan yang tak ubah seperti selepas menonton how to train your dragon 3D. apatah lagi kalau Up itu pun dibikin dalam 3D. mesti double climax. bersandar di kepala katil, tersenyum puas sambil menghisap sevenstars. tak sia-sia saya rasa, meninggalkan dunia hedonisme untuk sementara waktu bagi meluangkan masa ke library untuk study group. macam fun je kadang-kadang bila jadi student yang rajin.

prof, terima kasih di atas ilmu elektrik yang prof alirkan ke dalam otak saya ini. saya pun tak tau bagaimana saya nak membalas jasa baik prof ni. nak ajak lepak minum mesti macam bosan je sebab saya tak tau nak sembang apa dengan prof selain soalan mengenai elektrik dan test je. jadi saya rasa cukuplah kalau saya dapat A untuk paper elektrik ni. mesti prof akan berasa bangga sebab ada student prof yang dapat A kan.

akhir kata, terima kasih sekali lagi prof engr.

yang benar,
hiccup

Monday, May 3, 2010

hai..surat untuk encik supervisor.

kehadapan encik supervisor fyp saya yang paling disegani,

hai encik. tengah buat apa tu? sambil-sambil saya dengar lagu eppure sentire oleh elisa ni saya berhasrat untuk menulis surat rambang untuk encik. tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada encik kerana demand encik yang terlalu tinggi untuk fyp saya yang tak seberapa ini. sebabnya, saya rasa dah macam student master dah bila encik suruh saya baca jurnal-jurnal hebat dari sciencedirect. rata-rata journal yang saya baca ni semua dah tahap master. padahal saya undergraduate student je encik. nak cari jurnal yang similar dengan research saya pun agak sukar. nasib baiklah encik bagi saya username dan password encik kepada saya. kalau tak mesti saya dah berhabis duit untuk beli jurnal kat springerlink.

encik, kenape encik demand sebegitu rupa? encik tiada rasa simpati terhadap saya ke? saya nak kena study lagi untuk final exam saya. paper elektrik tu encik.. jangan main-main. saya ni budak mekanikal. bukannya budak elektrik. kalo encik suruh budak elektrik jawab paper mekanikal mesti mereka garu kepala jugak kan. encik ni kelam kabut sangat kenape? takpe. encik tak payah jawab sebab kalau encik jawab mesti saya kena ban dengan encik lantas mengakibatkan pointer saya jatuh merudum.

sudahlah draft report saya encik conteng dari first page sampailah ke last page. apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana encik sudi menconteng draft report saya. saya sangat seronok melihat hasil seni encik di dalam draft report saya itu. saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik kerana menyerabutkan kepala otak saya disamping menambahkan bilangan kelemumur atas kulit kepala saya. akhir kata, semoga encik dapat jadi dekan untuk semester depan. terima kasih.

yang benar,
marco van basten.

Monday, September 21, 2009

ni sume meksis brokben punye pasal

Di kesempatan ini (sementara meksis brokben tgh bijak pandai ni) saye mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sume rakan-rakan bloggers muslimin dan muslimat.(bajet cam ramai je bace blog aku.tp takpelah.buat2 ade je lah).

saye juga ingin memohon ampun dan maaf kepada mereka yang datang singgah tempat berkecah ni. kot2 la ade entri yang berbahasa kurang didik ke makan dalam ke tepat ke dahi ke. tu sume luahan hati, buah fikiran dari saye yang bernama insan yang mempunyai hati dan perasaan.

okeh tu je.takleh bebel byk2.nnt dtg bengongnye meksis brokben ni takleh post plak.akhir kate dari saye jagalah tahap kolestrol anda di Syawal yang mulia ini.


p/s: oked, nanti jemputla datang sarang lebah bee ye..

orked lover,
-amed
nesiac-

Tuesday, September 1, 2009

sampai bile-bile takkan hilang

rase hatred yang meluap-luap terhadap:

si pencurang

si penipu

si pelakon

si perampas

si penggedik

si penyokong terhadap kegiatan di atas


sampai bile-bile!

benci ah!

p/s: golongan di atas adalah sangat keji.
p/p/s: sila tambah kalau ada apa-apa yang anda fikir berkaitan. dan entri ini adalah kepada umum. siapa makan petai berbaulah mulutnya.


orked lover,
-amed
nesiac-

Sunday, August 23, 2009

elok ke tak elok?

baru balik dari bilik berpikir ni. hmmmmmm...persoalannya, setelah lama berkasih, kemudian seseorang itu mula menunjukkan sikap dan perangai sebenarnya.

adakah itu rasional?

adakah sebelum ini dia hanya berpura-pura?

adakah dia patut dihukum?

adakah dia dikategorikan menipu?

adakah hubungannya akan bertahan?

adakah pasangannya perlu bertolak ansur?

adakah perkara ini dianggap remeh?

adakah ini menjamin kebahagiaan mereka kelak?

adakah wajar pasangannya mengambil tindakan?

adakah seseorang itu patut diajar?

adakah itu dikira sebagai selfish?

adakah aku patut post entry ni?

hmmmmm....

orked lover,
-amed
nesiac-

Friday, August 21, 2009

Compli-Men-ts


tadi jenjalan balik dari kelas benti kat newspaper dispenser sbb nmpk Malaysian Today bertimbun2. so, amik la satu. layan je. all about youngsters punya cerita. ade satu topik yang sgt menarik (bg aku) ntuk aku share kt sni. pasal compliments.

compliments ni mmg ramai org suke especially girls. so, automatically guys akan lebih byk bg compliment kt girls ntuk bg dorg rase sronok. tambah2 kalo dlm relationship, satu cara untuk menyemarakkan hubungan ialah compliment to each other. kalo x, lame2 nnt hambar la. mule la itu x kne, ini xkne. sbbnye masing2 da xde bnde nk ckp. at least dgn compliment one side akan cheer up dan cheer her/him up too. kan da win-win situation. snang kan?

"eh syg..cantit la u pakai ari ni."

"waa..gojes la syg ni. geram i.."

"huuuu..terernye u.. (masak ke, wat keje ke, jwb test ke)"

"emmmm..sedapnya syg masak. kalo camni ari2 makan kat uma pun x jemu.."


but, how bout guys? how can a girl give her main man a little boost now and then? okeh.teruskan membaca.

every sane, sensible boyfriend or single guy knows a simple compliment is good enough to brighten his lover's or his companion's day. but instilled in them is compliment giving, not compliment receiving. guys jarang mengaku yang dia juga seronok bile girls puji pasal rambut dia, baju yang dia pakai, kasut dia even cologne dia. bese la. lelaki xsuke nmpk obvious. heheheh.

nk compliment plak xyah melambung2. cam "awak la orang paling macho dlm dunia ni.." (tu da kire menyindir kan). so, kat sini ade beberapa cara untuk compliment pasangan anda sekaligus menjaga hati pasangan anda.


"hahahahahahahahahaha!"
- it's all about body language. guys akan tetibe rase sesuatu seperti "like factors" bile girls ketawa akan jokes yang dibuat. compliment yang paling senang girls bole bagi ialah ketawa bile guys buat klaka. tapi tgok keadaan jugak. kalo lawak tu berkadaran biase tapi gelak mcm nk guling2 mmg sume org pandang slack ah. so it takes some skill to detect when he is trying to be funny or when he is not. a good way to tell is when his eyes turn directly to you and he has a half-smile on his face. so read up those signs.


"awak nampak (sertakan adjektif: good, nice, spiffy, fit etc)"
-jgn asik2 gune 'cute'. guys don't want to be cute. but they want to look cool, nice, fit, good or like a million bucks. kate la kalo de dlm proses workout, then compliment his fit body or his muscular arms. use this sparingly, and if only he has been taking extra efforts on what he did, and you want him to know that you notice, or you could come off as slightly obsessed!


"pandainye awak buat ni.."
-katekan la memasak ke menulis ke melukis ke main gitar ke main games ke, seseorang akan rase best bile dpt compliment on something yang dia buat. at least dia akan rase bangga bile someone mcm girlfriend dia appreciate effort dia, skills dia, talent dia just as attractive as his hair, his looks or his physical. don't say it with a fawning tone, kalo x nnt dia salah anggap macam "takat nak amik ati je..".ckp je cm bese dengan sket perasaan terharu.


"awk..member saye kate kan, awk...(katekan komen2 positif)"
-sampaikan compliment jugak tak kurang baiknya (mungkin lebih baik) mcm memberi compliment. orang kate cam sambil nyelam minum air. sbbnye dia akan rase hepi bile org lain ckp baik2 pasal dia dan anda jugak rase camtu. tapi jgn pndai2 reka cite plak. xbaik menipu kan.


"waaahhhhh...."
-maksudnya anda impressed dgn apa yang dia buat. xperlu nk menjerit WOW! sebab ia lagi berkesan kalo ckp dengan lemah lembut especially kpd pasangan anda. cheer him up with waaahhhhh... contohnye bile die skor dlm exam, die menang ape2 contest or competition, atau pun bile wat simpanan ntuk mase depan (ntuk kebahagiaan korg jugak kan). ia sangat2 penting jika anda sangat berbangga dengan kejayaannya.

hint: method ni bole digunakan juga untuk ayah atau adik-beradik anda. xsemestinya ntuk pasangan anda saje. sbb all guys love admiration, and to be recognised for their achievements.


compliments memberi kesan yang sangat mendalam. bukan saje membuatkan pasangan anda berasa seronok malah menunjukkan bahawa anda menghargai dia and you think highly of him. byk cara nk buat guys rase sgt2 berharga, ape yang anda perlu buat ialah lakukan semua2 tu dgn ikhlas.

orked lover,
-amednesiac-

Men's Bag Spring/Summer 2009

aritu jenjalan pegi downtown. then suddenly ternampak 1 men's bag kt 1 kedai ni.huaa..ala2 leather la.nice2.geram je tgok.tapi apekan daye.blom ade bajet ntuk tu lg. tp xpe, somehow one day da ade bajet lbih nk angkat gak satu.nice2..cube try tny agen kat jepun sane la.kot2 ade.heheheheheh..


pilihan hati: no 5, no6, no 8.

orked lover,
-amednesiac-

Thursday, August 20, 2009

Hantaran kawen punya cerita

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walaupun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

"Tit.. Tit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. "

SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

-- ""...kita memang tak boleh jadi orang lain.. tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik..""
______________________________________________________________

heheh..cite ni aku cilok kt link member aku.saje nk kongsi ngn kengkawan yang laen.so, renung2 kan la ye.jgn sekadar senyum kambing je..amik isi yang nk disampaikan tu.

orked lover,
-amednesiac-

Joke, Humour, Fun