Tuesday, June 2, 2009

Tobacco Health Warning

Latar belakang

•Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun.
•Sambutan dibuat di peringkat kebangsaan dan negeri dengan pelbagai aktiviti kepada kumpulan sasar sepanjang minggu.

Tema Sambutan 2009
“ Amaran Kesihatan Bergambar” (Tobacco Health Warning)

•Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
•WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
•Saranan WHO ini bertepatan dengan usaha pihak KKM sendiri yang telah memulakan kempen amaran kesihatan bergambar sejak 1 Januari 2009 dan akan berkuat-kuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2009.

Objektif Sambutan

•Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok
•Untuk menjelaskan kebenaran tentang bahaya merokok agar perokok dan bukan perokok tidak tertipu dengan helah syarikat-syarikat rokok yang cuba mempengaruhi mereka
•Untuk mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.

Kebaikan Tidak Merokok :
•Hidup lebih sihat
•Sistem imunisasi menjadi lebih kuat
•Menjauhkan diri daripada penyakit
•Tahap kesihatan dan selera makan lebih tinggi.
•Keterampilan fizikal lebih menarik.
•Melindungi orang lain daripada menjadi perokok pasif.
•Teladan yang baik untuk anak-anak.
•Pendapatan bersih yang lebih bernilai.

TIP MUDAH BERHENTI MEROKOK
•Akui anda perlukan bantuan.
•Pilih tarikh berhenti
•Dapatkan sokongan -awek,keluarga,kawan
•Dapatkan nasihat-doktor

Jika anda terasa ingin merokok :
•Tarik nafas 3 kali perlahan2
•Mengunyah (gegule,buah)
•basuh tangan (tangan basah,so xde ar merokok)
•Postpone merokok ( 5 min ke...bape bape la )
•Minom air masak (elakkan air berkaffein)
•Alihkan perhatian ( wat mende lain)
•Elakkan perokok lain.

Kekalkan Status Bebas Rokok Anda :
•Kekalkan fikiran positif
•Tumpukan pada faedah berhenti merokok
•Amalkan Gaya hidup sihat
•Bersenam - 30 min (3x seminggu)
•Dapatkan bantuan jika teringin

http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32


INFOLINE BERHENTI MEROKOK
03-88834400
Isnin-jumaat, 8 pagi - 5 Petang

p/s: kemain susa aihh..

3 orang nak bersuara:

q!sTina_biLqis said...

haa tau pn sshnye..
len kli pikiq dlu sblm btindak..
tau2??
kn skrg dh ssh..
ishh..
ketegaq la hang ni...

Schuzyy said...

terharu aku baca ni..ko dlm cobaan ke pe? aku sokong sgt2 nih..rugi ko xdtg petronas tmpat aku keje aritu..hehe..aku hari2 pon soh sp2 yg dtg beli rokok soh dorg brenti..hehe..bgs kan aku..kan2 :D

.amnesiac. said...

ye ke?
xtau lak ko keje kt situ
tu laa..bkn nk calling2 ke ape ke
kalo x lame da aku suh ko rembat sket pape yg ptot
hahahahaha