Wednesday, April 22, 2009

Dia tidak sengaja

'Saya tidak sengaja'

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Nabil mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan


TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan peminatnya.


Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.


Akibat kontroversi kecil itu, awal pagi Isnin lalu telefon bimbit anak muda berusia 26 tahun ini tidak henti-henti dihujani panggilan telefon daripada media yang mahukan penjelasan mengenai tindakan yang disifatkan tuan punya badan sebagai aksi spontan kerana terlalu gembira dek kemenangan besar yang tidak disangka-sangkanya itu.


Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular itu berkata, perkara itu berlaku dengan tidak sengaja. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.


“Saya peluk semua yang ada berhampiran saya. Ia berlaku secara spontan kerana saya terlalu terkejut dan gembira dengan kemenangan besar pada malam itu. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana saya memeluk Irma ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata pun.


“Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang.


“Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka


Cuma apa yang membuat saya tertanya, kenapa isu itu hendak diperbesar-besarkan. Bagaimana pula dengan pelakon yang melakonkan adegan berpelukan? Namun, saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat.


p/s: hmmm..btol jgak kate mamat ni. yang berlakon peluk2, adegan ranjang tu sume ape cite??


"Sudah peluk, kenalah kahwin cepat"


KATA Nabil, bukan saja peminat yang terkejut dengan keterlanjurannya memeluk Irma, tetapi juga keluarganya. Malah teguran pertama yang diterima adalah daripada ibunya sendiri ketika dia menelefon keluarga untuk berkongsi kegembiraan.


Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak.


“Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui.


“Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Peminat yang berusia mungkin tidak dapat menerima adegan peluk itu dan saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka yang bersusah payah memangkah nama saya.


“Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar. Bahkan ada juga nombor yang saya tidak kenali menyatakan mereka suka melihat kami berdua,” kata Nabil yang masih sempat berseloroh.


Nabil yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa berharap peminat akan terus memberinya ruang dan peluang. Masih sempat berlawak walaupun dirinya ditimpa kontroversi, kata anak muda itu, jika peminat mahu melihat sama ada dia akan mengulangi perkara sama atau tidak, mereka harus mengundinya lagi tahun depan.


“Debaran yang saya rasakan malam itu 17 kali ganda lebih hebat daripada Raja Lawak. Mungkin sebab itu saya tidak sedar dengan tindak-tanduk saya, termasuklah terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Berita Harian serta rakan-rakan wartawan yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya.


“Saya berterima kasih kepada media kerana menyokong dan sentiasa positif dengan tulisan mereka terhadap saya. Saya juga berterima kasih kepada peminat, saya tidak sangka walaupun baru setahun dalam industri ini, saya sudah mendapat kepercayaan mereka. Peminat sekarang ternyata lebih bijak menilai antara bakat dan juga rupa seseorang artis,” katanya.



p/s: entry ni aku copy sebijik2 dari web berita harian. so xde edit2 ataupun sebarang ubah suai sebab maklumat kena tepat dan jitu untuk mengelakkan sebarang salah faham. cume yang ade aku mencelah sket la. hehehehe. so..korang pn da tau cite sebenar de kan. kadang-kadang wartawan malah masyarakat juga cam xde otak nak pkir. nampak seperti dorang ni sume memang saje suka2 mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan point.padehal kalo realiti kehidupan pun xde la semulia mana pun kan. jadi, xyahla korang nak berpikiran naif sebab inilah kehidupan sebenar di akhir zaman.

kalo pegi kulim je..

haaa..kalo pegi kulim je mesti kene pgi tmpt ni.

"CENDOL BISMILLAH"

memang mantop gile ah cendol de. yang paling best pasal cendol mamak ni ialah baked beans yang manis. homemade kot. gerai mamak ni terletak di sebelah bangunan public bank. kat situ jugak ade LazaRia yang menjual mee kuah ketam, rojak pasemboq kuah itam dan ayaq kelapa pandan. memang menjilat jari. tapi ari tu aku dan cik bibah berkesempatan membelasah cendol je disebabkan kesuntukan masa.


tu dia...sampai daa..

bismillah..

satu lagi ni sebenarnya cik bibah punya. tapi disebabkan beliau ngengade lebih so jadi aku punya laa...

xleh membazir. cendol dia mmg sempoi!

pi la try..blom cuba blom tau.

yang benar,
anak angkat orang kulim

Sunday, April 19, 2009

selesai sudah...

akhirnya selesai sudah presentation yang mengambil satu semester untuk menyiapkannya.
berjalan sangat lancar walaupun banyak kene wat correction. tape2..layan je.
dan part yang paling best ialah dapat mkn spageti free yang madam salwa buat sambil membelasah nescafe 3 in 1 yang ade kt pantry bilik lecturer.
cool la madam!! kalo camni ari2 presentation pun saye sanggup!=)

usin ske letak jari dia sambil snap gambar. ni la hasilnye.


smart dimension services group


da kenyang..balik ah!

yang benar,
financial manager

Friday, April 10, 2009

stand your ground!

yoshhaaa!

aku baru lpas layan Green Street Hooligan 2. cool gak ah. tetibe rase nk men bola sambil bertumbuk. hahahahaha.. cerita mengenai samseng2 bolasepak EPL. kalo nk phm cite ni kne tgok Green Street Hooligan 1 laa..tapi firm ni support West Ham United. emmm..bile la movie pasal Man Utd Hooligan ni nk kuar. adoyaiii..


emm..the football factory pn bole tahan gak.

p/s: Cristiano 'cunt' Ronaldo da nk blah pegi Real. yeah!! shuh shuh..

Wednesday, April 8, 2009

back to 5 0 5

tagged by BiBah yang sedang in love

5 things in my waist bag

+wallet
+buffalo
+ray ban
+ID card
+sony ericsson


5 things in my wallet
+ic n lesen memandu
+pic of my darling
+atm card
+tesco clubcard
+wang? (ehh..mane duit aku?)

5 favourite things in my bedroom
+laptop
+pantry yang pnuh makanan
+katil atas yang nyaman
+my place
+kawan-kawan yang asik berkunjung

5 things i wish 2 do
+cepat habis belajar cam shorty
+mahu cari kerja same2 ngn shorty
+dpt elaun or gaji bulan2 yang banyak dari shorty
+teman shorty shoppin membabi buta
+bersekedudukan bersama shorty selepas berkahwen


5 things i'm doing now
+doing my technopreneur report
+answering shorty's tag
+smsing
+bloging
+after this, cs-ing..yeah!

5 people i would like 2 tag
+cinder-rela gemok
+coleslow gemok
+yenoh gemok
+sape2 je la yang bace ni
+xnak wat sudaaa..

siap!

Wednesday, April 1, 2009

se7En eleven

Di tag oleh bibah yang banyak cakap

1. 7 fakta tentang saya

* kurang waras
* panas tapak tangan
* pemalas yang kronik bile da datang waktu kemalasan
* suke men futsal
* suke blaja fluid mechanics
* weirdo
* multipersonal

2. 7 perkara menakutkan saya di dunia

* pondan, maknyah dan lelaki lembut
* bedah siasat mayat
* jerawat
* x dapat keje bile da grad nanti
* terputus bekalan karbon dioksida beserta racun-racunnya
* kawanan lebah yang berkerumun
* someone I loved (my family and shorty) leave me

3. 7 lagu buat masa sekarang

* Jai Ho - PCD ft A Rahman (influence slumdog millionaire)
* Cookie Jar - Gym Class Heroes ft The Dream
* Crank Dat - Soulja Boy (Travis Barker remix)
* Love Story - Taylor Swift
* Iris - Goo Goo Dolls
* Wonderwall - Oasis
* Don't Look Back In Anger - Oasis

4. 7 perkara selalu sebut

* adoyai
* carut
* carut
* carut
* carut
* astaghfirullahalazim..ape nk jadi ni..
* i luv u too..mwah~

5. 7 perkara amat bernilai

* family
* shorty
* gitar (da arwah)
* jari-jemari yang lincah dan tangkas
* kasut
* wallet yang penuh dengan harta bernilai
* rambut lurus semulajadi

6. 7 orang bertuah menjawab tag ini

* sesape je lah
* xkesa pun
* lantak korang la nk wat ke idak
* kalo boring2 wat laa
* kalo idak xyah wat
* x nyusahkan sesape pun
* kalo rase gembira kate hey!

ok kawan2.tengkiu banyak2.

ok dear..

yang benar,
salah sorang dari tujuh budak itam